Pengenalan
Klik untuk resolusi tinggi Bermula sebagai sebuah projek perintis, pusat sistem maklumat geografi negeri Pulau Pinang (PEGIS) ini ditubuhkan pada tahun 1992 hasil usaha kerjasama antara kerajaan negeri dan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia. Matlamat asalnya adalah untuk mendemonstrasikan keupayaan teknologi GIS (Geographic Information System) di dalam pengurusan tanah dan perancangan gunatanah.
Kejayaan projek perintis ini meletakkan PEGIS di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada tahun 1994 hinggalah ke hari ini.

Kini PEGIS bertanggungjawab untuk membantu jabatan dan agensi kerajaan di Pulau Pinang dalam penyediaan maklumat untuk perancangan dan perlaksanaan projek-projek pembangunan negeri.